PERISTIWA
Kala Malam Melebarkan Sayapnya,
Di Situ Bermula, Hakikat, Sebuah Peristiwa,
Diri Terbelenggu, Didalam Pelukan Angin Malam,
Mengenangkan Nista Kehidupan Lampau,
Menjadi Igauan Dalam Fikiran,
Meninggalkan Kesan Dalam Mimpi,
Menyimpul Kembali Kata-Kata, Yang Pernah Dilafazkan,
Mewujudkan Titik-Titik Alur Langkah, Yang Bakal Dilalui,
Mungkinkah Dapat Aku Pulang Semula??
Setelah Jauh Ku Melangkah,
Meninggalkan Kesemuanyam
Hanya Kerana Mengejar, Perosak Anak Bangsa.
Wahai Durjana Dadah,
Kini Bahanamu Mengikis Nyawaku,
Membuatkanku Tiada Terdaya Lagi,
Untuk Menyumbangkan Jasa Dan Pengorbananku,
Terhadap Agamaku, Bangsaku, Dan Negaraku.
Aku Yang Tersesat Dalam Rumpunku Sendiri,
Kini Menghadapi Hukuman Mandatori,
Tatkala Anak-Anak Muda Sebayaku Bersedia Menghunus Ijazah,
Untuk Menjadi Pelapis Negara,
Dan Di Saat Itulah Berakhirnya Sebuah Peristiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan